HARI IBU

Memperingati Hari Ibu yang disambut SABAN HARI….

TAYAR NITROGEN

1. Tayar adalah satu komponen penting dalam kenderaan seperti kereta. Bukan sahaja dari aspek kefungsian, tetapi juga dari aspek keselamatan.

2. Salah satu penyelenggaraan tayar yang rutin dilakukan adalah memastikan kandungan angin/udara dalam tayar adalah mencukupi. Selalunya kita akan ke stesen minyak yang sememangnya dilengkapi kemudahan pengisian angin tayar ini.

Read the rest of this entry »

LUAR KOTAK

1. Kehidupan ini sebenarnya kurang indah dan tidaklah sebegitu bermakna jika hanya diwarnai oleh perkara yang sama. Rutin yang dilakukan selalunya telah terbukti dapat memenuhi keperluan kehidupan kita. Namun, untuk melangkah lebih jauh atau berada pada peringkat yang lebih tinggi, sudah tentulah ’sesuatu’ perlu diusahakan.

2. Antara ’sesuatu’ yang amat bermakna bagi saya adalah anjakan kepada caragaya pemikiran. Maksudnya, berfikir di luar sempadan..atau ‘BERFIKIR DI LUAR KOTAK”.

Read the rest of this entry »

INOVASI PERKHIDMATAN

1. YB Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor pada 12 April 2010 telah ditanya di Parlimen berkenaan prestasi Program Bekerja Dari Rumah yang tempoh percubaannya telah berakhir pada 31 Mac 2010 yang lalu. Jawapan yang diberikan beliau  – program itu mencapai kejayaan dengan peningkatan 90% hingga 100% produktiviti masing-masing bagi Pelukis Pelan Awam dan Pelukis Pelan Senibina.

2. Hasrat utama program ini adalah berdasarkan konsep work life ballance yang menjurus perhatian kepada faktor keseimbangan antara keluarga dan kerjaya. Walaubagaimanapun, inisiatif terbaru kerajaan ini sudah pastilah mengundang reaksi yang pelbagai khususnya dari kalangan penjawat awam.

Dato' Shaziman Ketika Melancarkan Program Perintis Bekerja Dari Rumah Untuk Warga Kementerian Kerja Raya

Read the rest of this entry »

HULU SELANGOR

1. Negara akan berhadapan dengan satu lagi siri pilihanraya kecil PRK di kawasan P94 – Hulu Selangor. Yang menarik berkenaan pilihanraya kecil adalah suasana dan kemeriahan yang sememangnya berbeza dengan pilihan raya umum. Saya sendiri mempunyai pengalaman ‘menyertai’ pilihanraya kecil. Tetapi bukanlah sebagai calon, jauh sekali sebagai petugas parti, tetapi sekadar pemerhati bebas..memerhati suasana dan merasai bahangnya…

2. Pilihan  raya kecil walaupun selalunya tidak pun mengubah komposisi  penubuhan kerajaan, tetapi ianya mempunyai signifikan yang tersendiri kepada momentum politik sesebuah parti. Rata-rata menyifatkan ianya adalah satu bentuk kemenangan moral kepada pihak yang menang..dan selalunya ia dijadikan kayu ukur sokongan semasa (tidak rasmi) ke atas sesuatu parti.

Read the rest of this entry »

MEMBINA KREDIBILITI

1.Membina kredibiliti adalah aspek yang sangat kritikal dalam pebangunan diri. Kredibiliti menjadikan kita ‘seseorang’ dan menjadi kayu ukur pencapaian perjalanan hidup. Walaupun agak subjektif, tetapi masyarakat dan orang di sekeliling dapat menentukan samada seseorang itu berkredibiliti ataupun tidak.

2. Kredibiliti adalah asas kepercayaan kepada seseorang dan ia dibantu oleh penampakkan karekter dan juga kekompetenan dalam sesuatu hal. Perkataan ‘integriti’ dan ‘kejujuran’ juga berkait rapat dengan kredibiliti.

Menyerlah dengan kredibiliti

Read the rest of this entry »

PENJANAAN ELEKTRIK

1. Ramai antara kita mungkin terfikir dari mana dan bagaimana tenaga elektrik yang kita gunakan sehari-harian ini terhasil? Tenaga elektrik bukanlah tenaga yang terhasil secara semula jadi seperti tenaga angin dan tenaga matahari. Tetapi, ia perlu dihasilkan!

2. Secara ringkas, penjanaan tenaga elektrik adalah penukaran tenaga kinetik (pergerakan) kepada tenaga elektrik. Pergerakan pengalir elektrik yang memotong urat daya magnet antara utara dan selatan akan menghasilkan tenaga elektrik.Perhatikan video di bawah:-

Read the rest of this entry »

PENYUCIAN HARTA

1. Pengurusan atasan tempat saya bekerja ada mengeluarkan surat ‘promosi’  bagi pekerja yang ingin melakukan potongan gaji untuk tujuan zakat.

2. Selanjutnya teringat Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 34 dan 35 yang bermaksud : “ Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”. (ayat ini sering disiarkan sejurus azan setiap waktu di Radio Best 104 masa saya duduk di Johor dulu).

Read the rest of this entry »

LEGASI KERTAS

1. Peluang menghadiri pesta buku pada hujung minggu yang lepas menyedarkan saya bahawa peranan buku masih belum luntur walaupun internet telah menjadi medium maklumat yang begitu popular.

2. Yang sebenarnya, masyarakat kita dan juga masyarakat dunia masih berada dalam lingkungan peralihan antara aktiviti membaca secara elektronik dan juga kertas. Teknologi komputer yang pesat membangun bermula pada tahun 1940 sebenarnya memberikan dimensi baru kepada proses penyampaian maklumat.

3. Ramai juga yang mengupas isu ini menggunakan bahasa alam sekitar..dakwa mereka percetakan yang dilakukan saban hari sebenarnya membawa liabiliti yang besar terhadap alam sekeliling..memanglah berlaku ketidakadilan, pokok yang mengambil masa berpuluh  malah ratusan tahun ditebang dalam masa singkat untuk menghasilkan kertas..

Read the rest of this entry »

TIDUR BERKUALITI

1. Kita bukan hanya memerlukan tidur yang mencukupi untuk mendapatkan kesegaran dan tenaga sepanjang hari, tetapi lebih daripada itu, aspek kualiti tidur sebenarnya yang patut dititikberatkan.

2. Tidur yang bermasalah menghantar isyarat seawal pagi kepada kita seperti badan berasa tidak segar, terasa mengantuk, serta lemah badan. Ini berlaku walaupun kita telah tidur sehingga 8 jam..Yang pasti, ia bukanlah cara terbaik untuk memulakan hari..!

Read the rest of this entry »